Kasih Allah

Assalamualaikum WBT , diawal kalam ini,ingin mulakan dengan satu hadith berbunyi Rasulullah bersabda: “Allah lebih kasih kepada hamba-Nya melebihi kasih ibu itu kepada anaknya " Selepas tamat pengajian aku di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM),aku bercita cita untuk mempelajari pelbagai ilmu seperti ilmu agama,kemahiran dan pertahanan diri...Aku bercadang untuk merantau untuk perolehi ilmu...pernah aku merantau ke kuala lumpur untuk menghadiir satu ceramah 'END OF ATHEISM" , disebabkan seorang gadis memberitahu aku...ceramah tu sangat menarik...mengunakan hujah ilmu sains bersandarkan al quran..dari 8 pagi hingga 5 petang...dan aku pulang ke rumah semula..dan aku terus ketagih akan ilmu baru...aku mula mencari pusat pengajian agama seperti ceramah masjid dengan mengambil jadual belajaarnya...secara kebetulan selepas aku dan abah dok berbincang hal ni, pak ayem mencadangkan untuk pergi ke sekolah pondok di kampung ku..aku sendiri tak tahu...kami anak beranak pergi ke sekolah itu,berjumpa dengan penolong mudir,pak muslim untuk menanyakan sama ada aku diterima atau tak ke sekolah itu..Pada esok harinya,pak muslim menelefon abah,aku di terima ! alhamdulillah..

Langkah pertama aku ke sekolah itu,aku ditempat ke kelas nazira (mengaji) , selepas seminggu berlalu..aku sudah mula menghafal alquran..alhamdulillah satu demi satu aku hafal...pada satu hari pak muslim jumpa ku dan memberi satu kata yang pernah aku dengar,"paiz meghafal alquran ni bagus tapi ilmu feqah dan tauhid,tafsiran penting" dan "kalau feqah salah (taharah) salah,semua amalan tak diterima malah berdosa".. hal ni mencetus suatu di benak otakku,yess..aku hafal hafal tapi aku faham ke? selepas tu,aku mula dengan kitab pertama saffinatunnajjah kitab feqah...kitab hanyalah basic tapi ramai tak tahu,menyeluruh dari semua aspek...selesai tamat kitab itu aku mengaji kitab kedua iaitu idaman penuntut (kitab feqah fasal 1)..kitab banyak bahas hal feqah dan ada dalil juga ..kena hafal :D haha..lama kelamaan,aku terasa untuk fokus sepenuhnya kepada bab2 kitab,aku amat tertarik bab muamalat dan akhirnya aku dipindah kepada kelas alim(kelas kitab), dalam kelas ni segala cabang ilmu dipelajari,ada 15 kitab perlu dipelajari...dan paling best,aku dapat belajar bahasa arab dengn fokus dan banyak guru boleh mengajar...


Aku tak sangka semua ini terjadi,tak pernah terlintas...Allah sebaik baik perancang :)


No comments:

Post a Comment